Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Sebelum ini, sebuah kumpulan pemandu e-hailing menggesa kerajaan mengawal selia struktur harga perkhidmatan e-hailing, dengan alasan undang-undang sedia ada membenarkan syarikat menetapkan tambang secara bebas.
Transcript
00:00Isu berkaitan tambang perkhidmatan e-hailing akan dibincangkan suruhan jaya ekonomi gig Malaysia sejim dalam masa terdekat.
00:08Menteri Pengangkutan Anthony Luke berkata perkara itu akan diteliti secara menyeluruh, susulan kebimbangan dibangkitkan, kumpulan pemandu e-hailing berhubung ketiadaan
00:17dasar bagi menyelia kadar tambang minimum ketika ini.
00:22Itu telah kita lama kita telah nyatakan. Yang pertamanya kita tahu kalau ada apa-apa perubahan dasar ada implikasi dia
00:29juga dan nanti ada implikasi negatif juga.
00:32Apa-apapun suruhan jaya gig telah pun ditubuhkan. Jadi berkenaan dengan komisen, berkenaan dengan kadar tambang dan sebagainya itu akan
00:42dibincangkan di peringkat suruhan jaya gig nanti.
00:45Sebelum ini, sebuah kumpulan pemandu e-hailing menggesa kerajaan mengawal selia struktur harga perkhidmatan e-hailing dengan alasan undang-undang
00:53sedia ada membenarkan syarikat menetapkan tambang secara bebas.
00:57Kumpulan itu turut memberi amaran ketiadaan kadar lantai menyebabkan pemandu terdedah kepada risiko eksploitasi selain berdepan tekanan ekonomi yang semakin
01:06meningkat.
01:06Pada tahun lalu, Kementerian Pengangkutan sudah menjalankan satu kajian bagi menilai keperluan pengawal seliaan tambang e-hailing.
01:14Kajian tersebut dibuat berdasarkan dapatan dan syur dalam pelan strategik pengangkutan awam darat bagi lembah kelang.
01:21Ia turut mengambil kira keseimbangan antara kepentingan pemandu, pengguna serta pemain industri.
Comments

Recommended