Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Harga bahan api di Amerika Syarikat meningkat pada kadar terpantas sejak 2005 susulan konflik di Timur Tengah, dengan pengguna mula merasai tekanan kos apabila harga petrol melonjak sejak serangan ke atas Iran pada akhir Februari.
Transcript
00:00Harga petrol di Amerika Syarikat meningkat mendadak pada kadar terpantas sejak 2005 susulan konflik yang memuncak di Asia Barat.
00:08Kenaikan itu berlaku selepas serangan ke atas Iran pada akhir Februari sekaligus meningkatkan ketidaktentuan pasaran tenaga global.
00:18Secara nasional, harga purata petrol biasa di Amerika Syarikat kini hampir mencecah $3.72 se-liter meningkat lebih 70 sen
00:27sejak serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari.
00:31Kenaikan itu disifatkan sebagai lonjakan bulanan paling tinggi sejak taufan Katrina pada 2005.
00:37Di Florida Selatan, harga petrol meningkat $0.28 dalam seminggu dan hampir $0.88 lebih tinggi berbanding sebulan lalu menjejaskan
00:46orang ramai yang sedang dalam perjalanan musim cuti-musim bunga.
00:49I cry every day. It's terrible. It's ridiculous. We deserve better attention about that. The war is causing so many
01:03problems.
01:04You know, it's, who knows, maybe next week it's going to be $6 a gallon.
01:08Prices have gone high and it looks like they're going to keep on getting higher. People are going to have
01:13to make adjustments.
01:24Di Washington, penduduk turut meluahkan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga petrol dan mempertikaikan keputusan serangan ke atas Iran.
01:32Usaha meningkatkan pengeluaran minyak dan pelepasan rezab strategik dijangka tidak memberi kesan segera dengan harga dijangka kekal tinggi dalam masa
01:40terdekat.
01:41Harga tenaga global meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran yang mencetuskan ketidaktentuan dalam
01:50ekonomi dunia.
Comments

Recommended