Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Apple memasang sekitar 55 juta unit iPhone di India pada 2025 berbanding 36 juta unit pada tahun sebelumnya.
Transcript
00:00Apple INC kini menghasilkan kira-kira 25% iPhone di India selepas meningkatkan pengeluaran di negara itu sebanyak 53%
00:09tahun lalu.
00:10Ia sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada China dan mengelakkan tarif perdagangan.
00:18Menurut sumber industri, Apple memasang sekitar 55 juta unit iPhone di India pada 2025 berbanding 36 juta unit pada tahun
00:26sebelumnya.
00:26Secara global, syarikat itu menghasilkan kira-kira 220 juta hingga 230 juta unit iPhone setiap tahun.
00:35Peningkatan pengeluaran itu disokong insentif berkaitan pengeluaran yang diperkenalkan kerajaan India di bawah kepimpinan Perdana Menteri Narindra Modi untuk menjadikan
00:42negara berkenaan sebagai hub pembuatan global.
00:45Langkah Apple memperluas operasi di India juga didorong oleh tarif Amerika Syarikat terhadap China.
00:50Sesulan perang perdagangan antara kedua-dua kuasa ekonomi itu yang mendorong syarikat teknologi itu memindahkan sebahagian pengeluaran ke negara alternatif.
00:59Selain pembuatan, Apple juga memperkukuh kehadirannya di pasaran India yang berkembang pesat.
01:04Dengan jualan melebihi $9 bilion Amerika serta rancangan melancarkan Apple Pay dan memperluaskan rangkaian kedai runcit di negara itu.
Comments

Recommended