Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
HASiL memulakan bayaran balik cukai secara berperingkat mulai minggu kedua Mac 2026 bagi pembayar cukai yang mengemukakan BNCP 2025. Proses lebih cepat jika maklumat lengkap dan akaun bank dikemas kini.
Transcript
00:00Bayaran balik cukai bagi pembayar cukai yang layak akan mula dikreditkan secara berperingkat bermula minggu ke-2 Mac 2026
00:09menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, hasil yang dikeluarkan pada Jumaat.
00:14Hasil memaklumkan proses pembayaran ini melibatkan pembayar cukai individu yang telah mengemukakan borang nyata cukai pendapatan BNCP
00:24untuk tahun taksiran 2025 melalui e-filing yang dibuka mulai 1 Mac 2026.
00:32Menurut hasil, bayaran balik bagi BNCP yang dihantar melalui e-filing diproses dalam tempoh sehingga 30 hari bekerja
00:40manakala penghantaran syar manual pula memerlukan sehingga 90 hari bekerja.
00:46Tempoh pemprosesan boleh menjadi lebih singkat sekiranya maklumat yang dikemukakan lengkap dan tidak memerlukan semakan lanjut.
00:52Hasil teruk menasihatkan pembayar cukai memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan adalah tepat dan terkini bagi melancarkan proses bayaran balik.
01:01Dalam kenyataan sama, hasil menyatakan komitmen untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan
01:06serta memastikan urusan percukaian dilaksanakan secara cekap dan efisien.
01:10Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui hasil kontak senter di talian 03-8911-1000
01:18ataupun hasil live chat atau borang maklum balas di portal rasmi hasil.
Comments

Recommended