Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Khamis menolak rayuan dikemukakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan denda terhadap badan itu dan menggantung tujuh pemain negara.

Panel CAS memaklumkan, denda CHF 350,000 ke atas FAM dikekalkan dan penggantungan kepada tujuh pemain berkenaan juga kekal selama 12 bulan.
Transcript
00:00Mahkamah Timbang Tarasukan CAS pada Khamis menolak rayuan dikemukakan Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM berhubung keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
00:11FIFA mengenakan denda terhadap badan itu dan menggantung tujuh pemain negara.
00:17Panel CAS memaklumkan denda 350,000 Swiss Franc ke atas FAM dikekalkan dan penggantungan kepada tujuh pemain berkenaan juga kekal
00:27selama 12 bulan.
00:30Bagaimanapun CAS memaklumkan, penggantungan itu hanya untuk perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti berkaitan bola sepak.
00:38Padat Induk Bola Sepak Dunia itu berkata, kesemua pemain dibenarkan untuk berlatih bersama klub masing-masing.
00:45Rentetan itu, rayuan pemain sebahagiannya diterima dan hukuman terbabit dipindah sebahagiannya.
00:51Larangan daripada bermain perlawanan bermula 5 Mac 2026 dengan mengambil kira tempoh dari 25 September 2025 hingga 26 Januari 2026
01:02yang telah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh hukuman.
01:06Tujuh pemain terbabit ialah Facundo Thomas Garces Rattaro, Rodrigo Julian Holgado, Emanuel Javier Machuca,
01:14Eo Vitor Brandao Figurido, Gabriel Felipe Aprocha, John Irazabel Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Comments

Recommended