00:00Seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara keseluruhan 21 tahun dan 24 sebatan atas 13 pertuduhan meliwat, melakukan amang seksual dan
00:10merogol serta merakam video penganiayaan seksual ke atas anak perempuannya 2 bulan lalu.
00:17Tertuduh yang berusia 43 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Session, Madiha Zainul
00:27dan Nur Aziati Jaafar.
00:31Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap anak tidak sah berusia 6 tahun ketika kejadian
00:40itu.
00:41Masing-masing 4 tuduhan mengikut Seksyen 14 kurungan B dan Seksyen 15C Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.
00:49Manakala dua lagi pertuduhan dia didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i terhadap mangsa dengan
00:58cara meliwat mangsa tanpa kerelaannya mengikut Seksyen 377C Kanun Kesiksaan.
01:04Sementara itu bagi dua lagi tuduhan tertuduh didakwa telah membuat bahan penganyayaan seksual kanak-kanak dalam bentuk video ke atas
01:12mangsa.
01:13Bapa kepada enam anak itu turut didakwa telah merogol mangsa sama yang mana hubungan mereka tidak dibenarkan di bawah undang
01:20-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin mengikut Seksyen 376 Subseksyen 3 Kanun Kesiksaan.
01:28Kesemua perbuatan tersebut dilakukan antara jam 7 pagi hingga 11.30 malam di sebuah rumah setinggan kampung Kempas Barujuhur pada
01:3722 Januari hingga 17 Februari lalu.
01:41Mahkamah menetapkan tertuduh di penjara secara keseluruhan 21 tahun bermula dari tarikh tangkapan 18 Februari dan 24 sebatan.
01:49Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh itu dan berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas
01:58dibebaskan.
Comments