Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Lapan Ahli Parlimen yang tidak hadir Ketika pengundian Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun di Dewan Rakyat, sekali gus menyebabkan draf undang-undang itu pada Isnin gagal memperoleh sokongan dua pertiga, memberi alasan berada di hospital dan 'tersangkut' dalam kesesakan lalu lintas sebagai punca tindakan mereka.
Transcript
00:00Kerajaan sahkan 8 ahli parlimen tidak hadir ketika pengundian rang undang-undang RUU bagi mengahatkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada
00:08maksimum 10 tahun di Dewa Rakyat, sekaligus menyebabkan draf undang-undang itu gagal pada Isnin memperoleh sokongan 2 per 3.
00:15Judis cakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadil berkata daripada jumlah itu 3 ahli parlimen daripada Barisan Nasional BN manakala masing-masing
00:22seorang daripada Gabungan Parti Sarawak GPS, Gabungan Rakyat Sabah GRS, Parti Bangsa Malaysia PBM dan 2 ahli parlimen bebas yang
00:31menyokong kerajaan.
00:34Menurutnya, ahli parlimen yang menyokong kerajaan tetapi tidak hadir dalam sesi itu ialah ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu
00:40Husin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Henry Sam Agong Lawas, Ridwan Rubin Tenom dan Datuk Suhaimi Nasir Libaran.
00:50Turut tidak hadir Datuk Seri Hishamuddin Husin Sembrong, Datuk Seri M Saramanan Tapah, Datuk Larry Sun Julau dan Datuk Seri
00:57Dr. Jeffrey Kitingan Keningau.
00:59Fahmi berkata setiap ahli parlimen terbabit mengemukakan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai ketidakhadiran mereka, antaranya berada di hospital dan tersangkut
01:09dalam kesesakan lalu lintas.
01:11Simakan telah dibuat dengan Kelab Penyokong Kerajaan BBC dan Pejabat Ketua WIB mengenai ahli parlimen tidak hadir.
01:18Fahmi menjelaskan ahli parlimen libaran tak ada menghadiri sidang Dewa Rakyat kerana dimasukkan ke hospital.
01:24Manakala ahli parlimen tapah, Datuk Seri M Saramanan juga tidak hadir kerana perlu menghadiri upacara keagamaan.
01:30Pada Isnin Dewa Rakyat tidak meluluskan RUU Perlembagaan Pindaan 2006 bagi menghadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri.
01:38Ia selepas RUU itu gagal memperoleh sokongan 2 per 3 ahli parlimen iaitu 148 apabila hanya 146 ahli parlimen menyokong,
01:48sementara 32 ahli parlimen tidak hadir dan 44 ahli parlimen berkecuali.
01:54Keputusan undi belah bahagian itu diumumkan Speaker Dewa Rakyat Tan Sri Johari Abdul selepas ia dibahaskan oleh seramai 41 ahli
02:01parlimen kerajaan dan pebangkang.
Comments

Recommended