Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Perbelanjaan sebenar subsidi diesel berkurang kepada RM6.2 bilion pada 2025 berbanding RM10.1 bilion pada 2024, sekali gus mencatatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion.
Transcript
00:00Perbelanjaan sebenar subsidi diesel berkurang kepada RM6.2 bilion pada 2025 berbanding RM10.1 bilion pada 2024
00:09sekaligus mencatatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion.
00:13Kementerian Kewangan Malaysia MOF memaklumkan penjimatan itu dicapai menerusi pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel
00:21di Semenanjung Malaysia melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi atau SKDS 2.0 yang dilaksanakan
00:29mulai 10 Jun 2024 hingga 31 Disember 2025.
00:35Penyasaran subsidi diesel turut berjaya mengekang ketirisan akibat penyeludupan dan penggunaan oleh setor perniagaan yang tidak layak
00:42selepas penurunan pemilihan diesel runcit di stesen minyak kepada RM4 bilion pada 2025 berbanding RM7 bilion pada 2024.
00:51MOF berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiarkan di Lama Sesam Parlimen pada Selasa.
00:57Penjelasan itu dibuat bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadli Shaari
01:02yang ingin mengetahui jumlah sebenar penjimatan hasil pelaksanaan rasionalisasi subsidi termasuk bahan api dan bantuan bersasar
01:09serta kaedah pengagihan semula penjimatan berkenaan kepada rakyat.
01:13Menurut Kementerian itu, hasil penjimatan subsidi dipulangkan semula kepada golongan yang memerlukan,
01:19manakala sebahagiannya disalurkan bagi tujuan pembangunan sosioekonomi dan memperkukuh jaringan pelindungan sosial yang lebih inklusif.
01:27Antara inisiatif yang dibiayai termasuk sumbangan tunai rahmah, STR, dan sumbangan asas rahmah, SARA,
01:33yang mencatatkan peruntukan tertinggi pernah disediakan berbanding RM8 bilion pada 2022 selain program bantuan awal persekolahan BAP berjumlah hampir RM800
01:44juta.
01:46Sementara itu, MOF mengalumkan lebih 141,000 syarikat dengan 368,000 kenderaan telah mendapat manfaat daripada program MySubsidi Diesel
01:55melalui SKDS sejak dilancarkan pada Jun 2024 hingga Januari 2026.
02:01Bagi bantuan tunai di bawah budi individu dan budi agri-komoditi pula,
02:06seramai 344,817 penerima telah menerima agihan berjumlah RM1.05 bilion.
02:15Justeru, pengekalan harga diesel bersubsidi bagi kenderaan logistik dan pengangkutan awam disifatkan sebagai langkah strategik
02:22bagi memastikan kos rantai yang bekalan kekal stabil.
Comments

Recommended