00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN sedang dalam usaha menambah baik dan memperkemas garis panduan penyertaan asing sektor
00:09perdagangan pengedaran.
00:10Menterinya Dato' Armizan Muhammad Ali berkata garis panduan itu adalah instrumen pentadbiran penting bagi memastikan permohonan syarikat milikan asing yang
00:19ingin menjalankan perniagaan dalam sektor perdagangan pengedaran di negara ini dinilai secara teratur, telus dan selaras dengan dasar serta kepentingan
00:28ekonomi domestik.
00:31Menurutnya ia juga satu keperluan dalam menjamin keseimbangan antara keterbukaan pasaran dan perlindungan kepentingan perniagaan tempatan terutama PMKS selain memastikan
00:44penyertaan asing memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.
00:47Mengenai cadangan supaya kerajaan menetapkan nilai ambang modal berbayar bagi pendaftaran perniagaan di Malaysia oleh entiti asing sebanyak RM1 juta,
00:57mewajibkan sekurang-kurangnya 51% pemilikan tempatan dalam sektor sensitif dan memperkenalkan keperluan perolehan serta kuota penggajian tempatan bagi melindungi
01:10kepentingan PMKS,
01:11Armizan memaklumkan tiada peruntukan khusus yang menetapkan keperluan modal minimum bagi pemerbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016,
01:21kurungan Akta 777 yang turut terpakai kepada entiti asing.
01:26Justru ia bermakna syarikat boleh diperbadankan dengan jumlah modal yang ditentukan sendiri pengarah atau pemegang saham tertakluk kepada keperluan operasi
01:37dan objektif syarikat berkenaan.
01:39Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih ke atas titah diraja bagi kementeriannya di Dewan Negara pada
01:47selasa.
Comments