00:00Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan masuk dan keluar dari Jeddah serta Madinah buat sementara waktu pada 4 hingga 8
00:07Mac 2026. Ia berikutan pengantungan perkhidmatan yang dimulakan sejak 28 Februari lalu selepas penutupan ruang udara di beberapa kawasan di
00:17Asia Barat.
00:20Malaysia Aviation Group MAG melalui satu kenyataan pada Selasa berkata bagaimanapun perkhidmatan ke Doha akan kekal digantung sehingga 7 Mac.
00:31Ia memandangkan syarikat penerbangan itu sedang menilai keadaan keselamatan.
00:35Semua penerbangan lain termasuk perkhidmatan ke London dan lapangan terbang Paris Charles de Gaulle kekal mengikut jadual beroperasi pada laluan
00:45alternatif jauh dari zon konflik yang terjejas.
00:48Tambah MAG penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan dan dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif jika perlu.
00:57Selain itu, penumpang dinasihatkan mengemaskini butiran hubungan mereka melalui MyBooking bagi perkembangan terbaru.
01:05Bantuan juga boleh didapati melalui sembang langsung di laman web atau hubungi Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines di talian tertera.
Comments