00:00Beberapa hospital di Teheran menjadi sasaran serangan Amerika Syarikat dan Israel sehingga mengorbankan sejumlah pesakit selain mengakibatkan infrastruktur rosak.
00:10Kebimbangan itu disuarakan Duta Iran Kepertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB di Geneva, Ali Bahrini ketika berucap pada Majlis Hak Asasi
00:19Manusia PBB.
00:22Rakaman eksklusif yang dirakam wartawan China Media Group CMG di lokasi kejadian pada Isnin menunjukkan salah sebuah hospital yang menjadi
00:31sasaran, Hospital Gandhi, mengalami kerosakan teruk dengan sebahagian besar dinding luar runtuh, tingkap pecah serta serpihan letupan bertaburan di sekitar
00:40kawasan.
00:40Pengarah Hospital Gandhi memberitahu media antarabangsa serangan tersebut menyebabkan kecederaan dalam kalangan kakitangan dan pesakit.
00:47Dua bangunan berhampiran termasuk sebuah blok kediaman turut rosak susulan insiden itu.
00:54Sementara itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO juga berkata pihaknya sedang sahkan laporan kerosakan di hospital tersebut selain beberapa pusat perubatan
01:03kecemasan di Sarab di barat Laut Iran.
01:06Ketua pengarah badan itu Tedros Adhanom Ghebreyesus turut menzahirkan kebimbangan mendalam menerusi media sosial selepas dimaklumkan mengenai serangan terhadap Hospital
01:15Gandhi.
01:15Tegasnya kemudahan perubatan dilindungi di bawah Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan tidak boleh dijadikan sasaran dalam konflik.
Comments