00:00China ulangi pendirian menyokong penuh usaha Iran dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan, keutuhan wilayah dan maruah negara itu.
00:09Perkara itu ditegaskan Menteri Luarnya Wang Yi dalam satu kenyataan selepas dimaklumkan mengenai perkembangan terkini situasi Iran oleh rakan sejawatnya
00:17dari negara itu, Abbas Araqchi menerusi perbualan telefon pada Isnin.
00:25Menurut Araqchi, Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap Iran buat kali kedua ketika rundingan berkenaan sedang berjalan.
00:33Tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan melangkaui garis merah Iran walaupun kedua-dua pihak sebelum ini mencapai kemajuan positif
00:42dalam rundingan pusingan baru.
00:44Sembangan itu Teheran tidak mempunyai pilihan selain mempertahankan diri.
00:48Dalam perbualan telefon itu, Wang turut menyatakan sokongan kepada usaha Iran dalam memelihara hak dan kepentingan sah negara berkenaan.
00:57Katanya Beijing telah mendesak Amerika dan Israel supaya menghentikan operasi ketenteraan serta merita bagi mengelak ketegangan terus memuncak dan mencegah
01:06konflik daripada merebak ke seluruh Asia Barat.
01:09China yakin Iran akan mengekalkan kestabilan negara dan sosial selain mengambil berat terhadap kebimbangan negara jiran serta menjamin keselamatan warga
01:18negara dan institusi China di Iran.
Comments