00:00Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mengalami detik cemas apabila diseret oleh seekor singa melalui pagar besi ketika cuba
00:08memberi makan haiwan itu dari jarak dekat di Taman Zongshan Shantau, wilayah Guangdong.
00:14Dalam kejadian pada 26 Februari lalu itu, kanak-kanak itu bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan susulan tindakan pantas
00:22kaki tangan.
00:25Kanak-kanak itu dihantar untuk pemeriksaan perubatan dan dibenarkan pulang selepas menerima vaksin rabis.
00:32Siasatan pihak taman mendapati insiden berlaku selepas seorang penjaga membenarkan pengunjung memasuki zon keselamatan yang ditetapkan untuk memberi makan haiwan.
00:41Penjaga yang terlibat kini digantung tugas dengan pihak pengurusan menegaskan akan menjalankan siasatan menyeluruh serta melaksanakan langkah penambahbaikan.
00:49Taman itu dilaporkan menjadikan aktiviti memberi makan singa dari jarak dekat sebagai tarikan berbayar.
00:56Peraturan pentadbiran Zoo Bandar menetapkan pengurusan Zoo mesti memastikan keselamatan pengunjung, staf serta haiwan.
01:04Insiden pengunjung melepasi sempadan keselamatan dan berada dekat dengan haiwan lia menunjukkan kelemahan serius dalam pembinaan dan pengurusan taman.
01:12Jika benar insiden itu berlaku semasa aktiviti memberi makan berbayar, pihak pengurusan taman perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya.
Comments