00:00Rapid Rail sendirian berhad Rapid Rail sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih bekalan kuasa di transit aliran masa MRT
00:08laluan Putrajaya susulan kejadian kecurian kabel berhampiran stesen Damansara Damai yang dikesan awal pagi Selasa.
00:16Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu telah menyebabkan gangguan perkhidmatan dan dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh tiga hari.
00:28Menurut kenyataan itu, kejadian tersebut telah menyebabkan gangguan perkhidmatan dan memerlukan kerja pembaikan menyeluruh bagi memastikan sistem kembali beroperasi dengan
00:38selamat dan stabil.
00:39Rapid Rail memaklumkan sepanjang tempoh perkenaan train alternatif serta bas perantara ulang alik percuma disediakan untuk membantu penumpang meneruskan perjalanan.
00:48Malah penumpang juga disaran menggunakan laluan rail alternatif selain Rapid Rail memohon kerjasama pengguna agar mematuhi arahan petugas di stesen
00:56bagi memastikan kelancaran pergerakan serta keselamatan.
01:00Maklumat terkini mengenai status operasi akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi saluran media sosial Rapid KL dan aplikasi
01:07MyRapidPulse.
01:08Terima kasih telah menonton!
Comments