Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Taktik menjadikan sebuah rumah terbengkalai sebagai stor penyimpanan barang kawalan untuk diseludup terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas lebih tiga tan gula dan minyak masak di Kampung Bunuhan, Tumpat pada Isnin.
Transcript
00:00Taktik menjadikan sebuah rumah terbengkalai sebagai store penyimpanan barang kawalan untuk diseludup terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kursa
00:09Hidup KPDN Kelantan merampas lebih tiga tan gula dan minyak masak di kampung bunuhan Tumpat pada Isnin.
00:17Operasi dengan kerjasama pasukan polis marin wilayah 3 jam 5.50 petang itu turut menahan seorang lelaki berusia 47 tahun.
00:27Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Kelantan Aswadi Jaafar berkata ketika operasi dilakukan pihaknya mengesan aktiviti mencurigakan.
00:36Hasil pemeriksaan mendapati sebuah rumah terbengkalai dijadikan lokasi penyimpanan minyak masak dan gula sebelum dibawa menggunakan kenderaan ke kawasan sempadan
00:47Malaysia, Thailand.
00:48Selain itu pihaknya turut mengesan tiga orang lelaki sedang melakukan kerja pemunggahan barangan terbabit.
00:55Seorang daripada mereka ditahan manakala dua lagi melarikan diri.
00:59Pemeriksaan ke atas rumah dan kenderaan itu menemukan lebih tiga tan minyak masak serta gula disyaki untuk diseludup ke Thailand.
01:08Nilai rampasan keseluruhan membabitkan hampir RM33,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
01:16Terima kasih kerana menonton!
01:17Terima kasih kerana menonton!
01:19Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended