00:00Perdana Menteri Datuk Syed Anwar Ibrahim menegaskan bahawa fokus pada 2026 perlu ditumpukan kepada memperkasakan projek dan program yang memberikan
00:09manfaat langsung kepada rakyat terbanyak.
00:11Menerusi hantaran di Facebook pada selasa, Anwar berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat bersama Pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
00:20KPKT yang antara lain membincangkan perkembangan dasar perumahan, pembangunan bandar serta usaha memperkukuh peranan pihak berkuasa tempatan atau PBT.
00:31Beliau berkata perbincangan yang berlangsung secara terbuka dan konstruktif itu menyentuh pelbagai aspek penting termasuk usaha memperluas akses kepada perumahan
00:40mampu milik, mempercepat proses kelulusan projek, mempertingkatkan mutu takbir urus serta memastikan setiap perancangan dilaksanakan dengan penuh integriti dan accountability
00:50selaras dengan kerangka Malaysia Madani.
00:53Jelasnya inti parti mesyuarat itu juga amat penting bagi membolehkan Kementerian merangka langkah-langkah strategik yang lebih tuntas dan responsif
01:01demi menjamin perancangan perumahan dan pembangunan komuniti benar-benar memenuhi keperluan rakyat, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
01:09Justeru katanya fokus 2026 haruslah ditumpukan kepada memperkasakan projek dan program demi rakyat terbanyak, terutamanya aspek perumahan mampu milik yang
01:18berkualiti, kebersihan kawasan awam dan pengurusan sisa yang lebih sistematik.
01:23Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Korming.
01:28Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri turut diberi taklimat KHAS iaitu keutamaan insan, hasil pantas, ancakkan berimpak tinggi, sistematik, satu kerangka
01:38komitmen KPKT dalam melaksanakan reformasi yang akan memberikan manfaat langsung kepada rakyat.
Comments