00:00Sementara itu, Ahli Parlimen Pembangkang menegaskan mereka tidak wajar dipersalahkan atas kegagalan meluluskan rang Undang-Undang Perlembagaan Pindaan 2026 itu
00:09yang bertujuan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
00:14Ketua Pembangkang, Latuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kegagalan itu didakwa berpunca daripada Ahli Parlimen Kerajaan yang tidak hadir dan tidak
00:22mengundi, walaupun kerajaan mempunyai sokongan yang mencukupi untuk meluluskan RUU berkenaan.
00:29Menurutnya, Pembangkang tidak menolak RUU tersebut sebaliknya memilih untuk berkecuali kerana beberapa syarat yang dikemukakan tidak diambil kira oleh kerajaan.
00:40Yang nak salahkan Pembangkang ini pasal apa? Kalau tengok daripada ucapan Ahli Parlimen Pembangkang, semuanya mengatakan kami bersetuju tetapi dengan
00:52syarat.
00:53Kalau syarat itu tidak diambil kira, maka bermakna bukan kita tolak, kita abstain.
01:01Semua kita ini tidak mengundi. Ada yang keluar daripada Dewan, ada yang tidak mengundi.
01:07Jadi nak salahkan, kenapa? Sebab daripada awal lagi kita dah maklumkan perkara ini.
01:12Yang jadi masalahnya adalah Ahli Parlimen Kerajaan yang tidak mengundi. Yang itu yang patut disalahkan.
01:21Beliau menjelaskan kerajaan seharusnya memastikan kehadiran penuh Ahli Parlimen mereka terutama ketika proses pengundian
01:28memandangkan undi 2 per 3 diperlukan untuk meluluskan pindaan perlembagaan.
Comments