Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Sabah dan Sarawak adalah nadi utama dalam tadbir urus perubahan iklim negara berikutan kedudukan strategik kedua-dua negeri sebagai pemilik aset semula jadi terbesar Malaysia.
Transcript
00:00Sabah dan Sarawak adalah nadi utama dalam takbir urus perubahan iklim negara berikutan kedudukan strategi kedua-dua negeri sebagai pemilik
00:07aset semula jadi terbesar Malaysia.
00:10Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keluasan hutan tropika, biodiversiti dan landscape karbon tinggi di Borneo meletakkan
00:18kedua-dua negeri itu di pusat strategi iklim nasional.
00:24Menurut beliau, perundangan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 MA63 memberi kuasa signifikan kepada negeri dalam hal tanah
00:36dan sumber asli, justru takbir urus iklim perlu dirangka secara bersepadu antara negeri dan persekutuan.
00:43Dan kita dengan kerajaan Persekutuan kerjasama dalam kita menguruskan pengurusan hal iklim ini dan sebab saya nyebut koheren kita dan
00:59Sabah Sarawak adalah aset yang sentral kepada Malaysia
01:04kerana kita yang mempunyai aset yang signifikan terpenting untuk mempunyai hutan, land use dan juga conservation.
01:16Itu yang maksud saya.
01:18Tegas Sabah Johari lagi melihat agenda iklim bukan sekadar tanggungjawab alam sekitar tetapi membuka peluang ekonomi baharu termasuk pasaran karbon,
01:27pembiayaan hijau dan model pembangunan rendah karbon.
01:30Katanya hutan di Sabah dan Sarawak bukan hanya khazanah biodiversiti malah aset bernilai global yang mampu menjana nilai jika diurus
01:40secara strategik dan telus termasuk melalui kerjasama dengan badan antarabangsa seperti World Bank.
01:47Beliau berkata demikian ketika pelancaran laporan Subnational Climate Change Institutional Assessment CCIA di Kuching pada Selasa.
01:55Laporan CCIA berkenaan menyediakan hala tuju memperkukuh institusi perubahan iklim di peringkat negeri
02:02bagi memastikan usaha keelestarian turut menyumbang kepada daya tahan ekonomi dan kemampanan negara secara keseluruhan.
Comments

Recommended