00:00Baik, niaga Awani Jamini dimulakan dengan laporan berikut.
00:03Agensi Penarafan Kredit, Ram Rating Services, berhad mengekalkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK Malaysia pada 4.0 hingga
00:135.0% bagi 2026.
00:16Ini sekaligus mencerminkan jangkaan ekonomi domestik yang terus kukuh meskipun dunia sedang berdepan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.
00:26Unjuran ini bagaimanapun bergantung kepada keputusan mahkamah AS berkaitan tarif timbal balas.
00:33Ketika ini, keputusan mahkamah agung AS menolak langkah tarif timbal balas di bawah Akta Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa, hanya memberi
00:43kelegaan sementara kepada rakan dagangan utama Washington.
00:46Kerajaan Amerika Syarikat hampir serta merta mengenakan tarif global baharu sebanyak 10% di bawah undang-undang alternatif.
00:56Selain kenaikan lanjut sehingga 15% bagi beberapa negara turut dipertimbangkan.
01:02Meskipun kedua-dua senario tarif ini kurang berat berbanding kadar 19% di bawah perjanjian perdagangan timbal balas ART, tahap
01:11ketidaktentuan kekal tinggi.
01:13Seterusnya, agensi penarafan kredit itu mengekalkan pandangan berhati-hati terhadap kemungkinan pengenaan tarif baharu ke atas industri semikonduktor yang berpotensi
01:24menjejaskan momentum pertumbuhan Malaysia.
01:27Pengulas ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat, agensi penarafan kredit itu berpendapat gangguan perdagangan secara meluas dijangka terhad memandangkan Asia
01:36Barat bukan rakan dagangan utama Malaysia.
01:38Ekspor Malaysia ke Asia Barat hanya menyumbang 1.9%, manakala import daripada rantau ini pula 4.7% daripada jumlah
01:49keseluruhan ekspor dan import negara.
01:51Namun, wujud risiko terhadap pasaran minyak global, terutamanya melalui gangguan bekalan minyak di laut.
Comments