Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Harga gas Eropah naik mendadak selepas serangan ke atas Iran jejaskan laluan tenaga di Selat Hormuz dan hentikan pengeluaran LNG Qatar. Simpanan gas rendah di Eropah tambah tekanan terhadap pasaran global.
Transcript
00:00Harga gas Eropah melonjak sebanyak 48% dalam tempoh sehari selepas serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.
00:08Ia apabila trafik kapal tangki yang melalui selat humus laluan utama bekalan tenaga global dilaporkan hampir terhenti sepenuhnya.
00:18Di kemudahan title transfer fasiliti TTF yang berpangkalan di Belanda, iaitu hak perdagangan gas asli bayar paling aktif di Eropah,
00:26kontrak hadapan bagi bulan April didagangkan pada paras 47.2 euro setiap megawatt jam.
00:33Nilai itu menunjukkan lonjakan berbanding 31.95 euro setiap megawatt jam pada 27 Februari sebelum serangan berlaku.
00:41Keadaan ini menandakan kenaikan harian sehingga 48% berbanding harga penutupan sebelumnya.
00:47Sementara itu, Qatar Energy mengumumkan perbehentian pengeluaran gas asli cecai LNG selepas serangan drone yang dilancarkan oleh Iran
00:55menyasarkan satu daripada kemudahan tenaganya di Bandar Industri Ras Lafan, Qatar.
01:02Kira-kira 20% daripada ekspor LNG global melalui laluan strategi itu.
01:07Qatar, yang merupakan antara perekspor LNG terbesar dunia, menghantar hampir keseluruhan ekspor LNG mereka melalui selat itu kepada pembeli antarabangsa.
01:15Walaupun China dan negara Asia lain merupakan penerima sebahagian besar kargo LNG yang melalui humus,
01:22sebarang gangguan bekalan akan memberi kesan kepada pasaran gas global terutamanya di Eropah.
01:28Menambah tekanan kepada kenaikan harga itu, tahap simpanan gas Eropah kini telah jatuh di bawah paras 30%.
01:35Tahap inventori yang rendah meningkatkan kebergantungan benua itu terhadap import LNG daripada pasaran antarabangsa,
01:41sekaligus memburukkan lagi sensitiviti terhadap gangguan bekalan global.
Comments

Recommended