Skip to playerSkip to main content
  • 26 minutes ago
Penerbangan repatriasi pertama membawa 127 rakyat Itali dari Oman dan Dubai selamat tiba di Rome susulan ketegangan selepas serangan AS–Israel terhadap Iran. 45 penerbangan dari Timur Tengah dibatalkan dan keselamatan di Fiumicino dipertingkatkan dengan rondaan tentera serta unit K9.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah penerbangan sewa khas membawa 127 rakyat Itali yang terkandas di Oman dan Dubai
00:06selamat tiba di lapangan terbang Fiumicino, Rome lewat malam tadi.
00:12Menurut kenyataan Kementerian Luar Itali, Kedutaan serta Konsulat Negara itu di Abu Dhabi, Dubai dan Oman
00:17sedang melaksanakan pemindahan rakyat Itali ke lapangan terbang yang masih beroperasi di rantau berkenaan.
00:26Menurut seorang penumpang, mereka tidak merancang untuk menaiki penerbangan pada hari tersebut
00:31namun mereka diberitahu pada saat akhir bahawa mereka akan dibawa pulang.
00:47Penerbangan repatriasi pertama itu dikendalikan Oman Air
00:50berlepas dari masket dan tiba di Fiumicino pada malam tadi.
00:55Suasana di lapangan terbang Fiumicino dilaporkan terkawal
00:58meskipun 45 penerbangan ke dan dari Asia Barat dibatalkan daripada kira-kira 800 penerbangan harian.
01:07Bagaimanapun, gangguan yang lebih besar berlaku pada Sabtu lalu
01:10apabila ratusan penumpang terkandas, susulan serangan balas antara AS, Israel dan Iran
01:17yang meningkatkan risiko keselamatan penerbangan di rantau teluk.
01:21Pihak berkuasa Itali turut memperketat kawalan keselamatan di lapangan terbang berkenaan
01:26termasuk di terminal yang berkaitan dengan penerbangan Amerika dan Israel
01:31membabitkan rondaan tentera serta unit anjing pengesan.
01:35Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended