Skip to playerSkip to main content
  • 52 minutes ago
Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau dalam media sosial bulan lepas.
Transcript
00:00Seorang penuntut institusi pengajian tinggi IPT didakwa di Mahkamah Session, Kuantan atas pertuduhan mencemarkan Al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi
00:09jelik melampau dalam media sosial bulan lepas.
00:12Bagaimanapun, S. Vigness Warren mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu dihadapan Hakim, Harmi Tamri Muhammad dan minta dibicarakan.
00:23Mahkamah membendarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tambahan supaya dia melaporkan diri di
00:32balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai.
00:37Vigness Warren yang berusia 21 tahun itu tiba di perkarangan kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira jam 8.50 pagi dengan
00:44menaiki kenderaan polis.
00:46Tertuduh yang memakai baju kemeja T berwarna merah berlengan putih dibawa masuk ke Mahkamah kira-kira jam 9.05 pagi
00:54dalam keadaan tangan bergari dan dikawal ketat oleh anggota polis.
00:58Menerusi kenyataan Jabatan Peguam Negara SGC sebelum ini, berdasarkan penelitian terhadap ketas siasatan mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan
01:08dikenakan terhadap lelaki itu.
01:10Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah UMPSA itu ditahan pada 25 Februari lalu kerana memuat naik gambar memijak Al
01:20-Quran melalui akaun threats miliknya.
01:23Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencemarkan Al-Quran dengan niat mengaibkan agama Islam di sebuah rumah di Taman Serima Kota
01:31Aman, Kuantan pada 22 Februari lalu.
01:34Bagi perbuatan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau
01:44kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
01:47Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara sedar menghasilkan dan menghantar komunikasi jelek melalui aplikasi threats menggunakan akaun Ryan Da Silva
01:57dengan niat menyakitkan hati orang lain pada tarikh dan masa yang sama.
02:01Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 Kurungan 1 Kurungan A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen
02:11233 Kurungan 2 denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
02:20Sementara itu, sebanyak 82 laporan polis diterima dari seluruh negara berkaitan isu tersebut dan 43 saksi telah dirakam percakapan bagi
02:31membantu siasatan.
02:33Mahkamah menetapkan 8 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Comments

Recommended