Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Malaysia dan Perancis kini di fasa akhir memuktamadkan perjanjian pertahanan baharu yang bakal memperluas skop kerjasama strategik. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perjanjian itu membuka peluang pembangunan industri pertahanan tempatan dan kerjasama teknologi tinggi. Duta Besar Perancis Marc Abensour mengetuai kunjungan hormat di Kuala Lumpur.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia dan Perancis kini berada di fasa akhir memutamatkan perjanjian baru yang bakal memperluas skop kerjasama pertahanan dua negara.
00:08Menurut pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama Duta Besar Perancis ke Malaysia yang
00:16baru, Mark Abansur, semasa kunjungan hormat pada Isnin.
00:20Menurutnya, pertemuan ini membuka ruang memperkukuh kerjasama strategik khususnya dalam pembangunan industri pertahanan tempatan.
00:28Ia juga bertujuan meneroka potensi Malaysia sebagai sebahagian rangkaian bekalan global bagi komponen dan teknologi pertahanan selari dengan kepakaran industri
00:37Perancis.
00:38Khalid berkata kerjasama pertahanan Malaysia-Perancis telah bermula melalui perjanjian pertahanan yang ditandatangani sejak 1993.
00:47Hubungan itu terus berkembang dengan penglibatan Perancis sebagai negara pemerhati dalam Masyarakat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN, ADMM+.
00:55Perjanjian baru ini dijangka memperkukuh rangka kerja setiap ada dan membuka laluan kepada kerjasama teknologi tinggi termasuk pertahanan maritim, aero
01:05angkasa serta pembangunan industri tempatan.
Comments

Recommended