Skip to playerSkip to main content
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa wujud cubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang didakwa didukung oleh warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media serta institusi antarabangsa, termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu berkata, siasatan awal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara dan mempunyai dana yang besar bagi merangka strategi untuk mempertikai serta menggugat kerajaan sedia ada.

Menurut beliau, laporan awal turut menunjukkan bahawa syarikat, badan dan tokoh yang terlibat telah mengadakan enam pertemuan sepanjang tahun 2025, sama ada di dalam mahupun luar negara.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Untuk perancangan teliti menggunakan internasional media dan bankers daripada masa itu sehingga pilihan raya.
00:10Itu tentu saja. Saya tidak fikir, sekarang saya faham, saya tidak fikir semua aneh di pembangkang akan merestui.
00:19Walaupun katanya ini mungkin memberi manfaat kepada mereka untuk bersekongkol dengan usaha yang sedemakian.
00:25Dan kalau besok tahu orang yang nak dipertahankan oleh yang berhormat arah itu, itu di antara kelompok Zionis terkemuka.
00:38Kelompok Zionis terkemuka digunakan dalam program ini, projek ini dan nanti tunggu sabar entah minggu atau dua minggu bila keadaan
00:49ini terbongkar boleh diteritakan.
00:51Apakah kita nak pilih nak pertahan, tak ada orang lain dalam dunia untuk pertahankan kedudukan kita selain daripada merujuk kepada
00:59tokoh Zionis memang jelas menentang Islam dan negara-negara yang mempertahankan Gaza dan apalagi dengan kenyataan kita semalam.
01:10Terima kasih.
Comments

Recommended