Skip to playerSkip to main content
  • 27 minutes ago
Sekurang-kurangnya 52 terbunuh dan 154 cedera dalam 221 serangan udara Israel di Beirut dan selatan Lubnan pada Isnin. Serangan berlaku selepas Hezbollah melancarkan roket dan dron ke utara Israel sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran. Insiden ini berlaku meskipun gencatan senjata Israel–Hezbollah masih berkuat kuasa sejak November 2024.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kira-kira 52 orang terbunuh, manakala 154 lagi cedera dalam siri serangan udara Israel di Beirut dan Selatan Lubnan pada
00:08Isnin.
00:08Perkara tersebut disahkan unit pengurusan bencana negara Lubnan.
00:12Ia mendedahkan sebahagian negara itu hampir lumpuh.
00:15Susulan tindakan tentera Israel melancarkan 221 serangan udara sejak awal pagi Isnin di beberapa lokasi di sana.
00:24Menurut Anadolu, serangan berkenaan berlaku susulan tindakan Hezbollah yang mendakwa telah melancarkan roket dan drone ke arah sebuah pangkalan tentera
00:32di utara Israel
00:34sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan Israel ke atas Lubnan serta operasi ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.
00:43Walaupun gencata senjata antara Israel dan Hezbollah berkuat kuasa sejak akhir November 2024,
00:50Israel terus melakukan pelanggaran hampir setiap hari di Lubnan yang telah meragut ratusan nyawa.
00:57Israel memulakan serangan ke atas Lubnan pada Oktober 2023 sebelum memperluaskan operasi itu kepada perang penuh pada September 2024
01:06yang mengakibatkan lebih 4,000 kematian dan kira-kira 17,000 orang cedera.
Comments

Recommended