Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
AirBorneo memperkenalkan perkhidmatan daftar masuk dalam talian bagi laluan yang menggunakan pesawat ATR 72-500, membolehkan penumpang membuat pendaftaran digital, memilih tempat duduk dan mendapatkan pas masuk elektronik sebelum tiba di lapangan terbang. Langkah itu dilihat dapat mengurangkan masa menunggu serta meningkatkan kecekapan perjalanan. Syarikat turut mengekalkan perkhidmatan kaunter sepenuhnya bagi memastikan semua penumpang, termasuk dari kawasan pedalaman, terus terlayani.
Transcript
00:00Air Borneo dilaporkan bakal memperkenalkan perkhidmatan daftar masuk secara dalam talian yang dipercayai mampu menambah kemudahan buat penumpang syarikat penerbangan
00:10milik kerajaan Sarawak itu.
00:12Syarikat itu dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan terbaru itu akan membolehkan penumpang untuk membuat pendaftaran masuk secara digital, memilih tempat duduk
00:21dan mendapatkan pas masuk elektronik sebelum tiba di lapangan terbang.
00:26Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa langkah ini akan dapat mengurangkan masa menunggu serta meningkatkan kecekapan perjalanan.
00:34Perkhidmatan daftar masuk dalam talian ini tersedia untuk tempahan individu, keluarga dan kumpulan bagi laluan yang menggunakan pesawat ATR-72
00:43-500.
00:45Selain itu, penumpang yang membawa bagasi daftar masuk boleh terus menuju ke kaunter pelepasan bagasi sebaik tiba di lapangan terbang
00:52sekaligus memudahkan proses sebelum penerbangan.
00:55Menurut Ketua Pegawai Ezeketif Airborneo, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin, pelaksanaan daftar masuk dalam talian di rangkaian ATR merupakan satu
01:05langkah penting dalam usaha pendigitalan syarikat penerbangan tersebut.
01:09Tambahnya penambahbaikan itu memberi lebih kemudahan kepada penumpang yang mempunyai akses dalam talian.
01:15Namun, pada masa sama, Airborneo masih mengekalkan perkhidmatan kaunter sepenuhnya di lapangan terbang bagi memastikan semua penumpang terus terlayani.
01:24Dalam kenyataan, Airborneo turut menyebut bahawa fokus utama syarikat kekal kepada penyambungan yang boleh diharap, inklusif dan berasaskan keperluan rakyat
01:33Sarawak.
01:35Perkhidmatan dibuka 48 jam sebelum berlepas dan ditutup 90 minit sebelum waktu penerbangan.
01:41Walau bagaimanapun, bagi penerbangan yang dikendalikan pesawat DHC-6400 Twin Otter, proses daftar masuk masih dilakukan sepenuhnya di kaunter lapangan
01:53terbang bagi memastikan kesiap syagaan operasi dan memberikan bantuan di lapangan terbang pedalaman.
01:59Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended