Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Pakar memberi amaran peningkatan obesiti dalam kalangan kanak-kanak kini semakin membimbangkan, dengan kes diabetes jenis 2 dan komplikasi seperti kolesterol tinggi serta obstructive sleep apnea dikesan seawal usia tujuh hingga lapan tahun. Hampir 70 peratus ibu bapa tidak menyedari anak mereka obes, manakala obesiti yang bermula sejak kecil berisiko berterusan hingga dewasa jika tiada intervensi awal. Pakar menegaskan obesiti adalah penyakit kompleks yang memerlukan rawatan dan sokongan berterusan.
Transcript
00:00Obesiti kanak-kanak di Malaysia menunjukkan peningkatan membimbangkan dan pakar memberi amaran, ia bukan lagi sekadar isu berat badan.
00:09Pakar Perbuatan Kesihatan Awam selaku bendahari Malaysian Obesiti Society, MIOS, Dr. Ruben Ramakrishnan berkata,
00:17obesiti yang bermula sejak kecil hampir pasti berlarutan hingga dewasa jika tidak ditangani awal.
00:25Peningkatan yang ketara obesiti di kalangan kanak-kanak dan obesiti ini akan kekal ke alam dewasa.
00:34Jadi apa yang tema bagi World Obesiti Federation kali ini adalah lebih mengfokuskan kepada obesiti di kalangan kanak-kanak sebab
00:43kepentingan pencegahan ini bermula daripada awal lagi.
00:48supaya kita dapat membendung kadar obesiti di kalangan dewasa dan secara menyeluruh.
00:56Dan obesiti di kalangan kanak-kanak ini saya rasa bukan sahaja membimbangkan tetapi kita perlu lebih prihatin terutamanya daripada segi
01:08perkembangan psikosocial mereka.
01:12Sementara itu, Pakar Perunding Pediatrik Endocrine Hospital Putrajaya, Dr. Nalini M. Selvindran berkata,
01:19kesedaran dalam kalangan ibu bapa masih rendah.
01:22Kajian dibuat, hampir 70% kanak-kanak ibu bapa tidak tahu yang anak-anak mereka sebenarnya obes.
01:30Terdapat banyak mitos sebenarnya yang ada di persepsi komuniti kita yang sebenarnya kanak-kanak obes itu sebenarnya comel.
01:41Ataupun banyak ibu bapa akan cakap dengan saya, doktor jangan risau, nanti dia akan kuruslah.
01:46Abang dia pun macam itu. Itu persepsi salah sebab 70% kanak-kanak yang obes akan menjadi orang dewasa yang
01:56obes.
01:56So, masalahnya obesiti ini sebenarnya satu penyakit yang perlu kita membuat sesuatu untuk membendung kadar kenaikan yang sangat tinggi ini.
02:05Lebih membimbangkan, kanak-kanak seawal usia 7 hingga 8 tahun kini dikesan menghidap diabetes jenis 2,
02:11kolesterol tinggi dan obstruktif sleep apnea, penyakit yang lazimnya dikaitkan dengan orang dewasa.
02:18Menurut pakar obesiti ialah penyakit kompleks yang melibatkan faktor genetik, hormon dan persekitaran dan memerlukan rawatan serta intervensi awal.
02:27Tema Hari Obesiti Sedunia Tahun ini, 8 bilion alasan untuk bertindak, menyeru tindakan segera bermula di peringkat kanak-kanak
02:34bagi membendung lombang obesiti dewasa pada masa hadapan.
Comments

Recommended