Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
PDRM menahan 49 individu termasuk tiga tekong Indonesia dalam Ops Pintas di perairan Sabak Bernam. Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Tanjung Balai menggunakan bot pom pom dengan bayaran RM1,500–RM2,000 seorang. Kes disiasat bawah Seksyen 26A ATIPSOM 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Diraja Malaysia PDRM menahan 49 individu termasuk 3 tekong warga Indonesia dalam satu operasi bersepadu khas OPS Pintas di
00:09perairan Sabak Bernam awal pagi semalam.
00:12Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Bukit Aman, CP Dato' M Kumar berkata tangkapan melibatkan 3 lelaki warga Indonesia dipercayai tekong
00:22berusia 42 hingga 45 tahun serta 46 migran Indonesia melibatkan 26 lelaki dan 20 wanita berusia antara 25 hingga 40
00:32tahun.
00:33Operasi pada jam 2 pagi itu melibatkan bahagian D3 JSJ dengan kerjasama Pasukan Polis Marine PPM, Pasukan Gerakan Udara PGU
00:42dan Task Force NSO MAPO Kementerian Dalam Negeri.
00:47Siasatan awal mendapati kesemua migran itu dalam perjalanan dari pesisiran pantai Sabak Bernam menuju ke Tanjung Balai Indonesia dengan menggunakan
00:56bot jenis pom-pom.
00:57Jelas Kumar, bayaran dikenakan antara RM1,500 hingga RM2,000 seorang dibayar secara tunai kepada transporter.
01:05Semua tangkapan dibawa ke IPD Sabak Bernam untuk siasatan di bawah Seksyen 26A Akta Etipsum 2007 dan Seksyen 6-1
01:15-C Akta Immigration 1959-63.
01:19Kumar menegaskan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah penyelidupan migran dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat
01:29kepada polis.
Comments

Recommended