Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pakar PBB menegaskan masa depan Gaza mesti ditentukan rakyatnya sendiri dan proses pembinaan semula perlu mematuhi undang‑undang antarabangsa, sambil memberi amaran terhadap agenda luar serta kemusnahan besar yang disifatkan sebagai jenayah perang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menegaskan bahawa sebarang usaha untuk membina semula Gaza
00:06mesti berpandukan undang-undang antarabangsa dan piawaian hak asasi manusia
00:12selain memberi amaran terhadap pelan tanjaan asing yang didorong oleh kepentingan Neocolina.
00:18Agensi Anadolu melaporkan pakar berkenaan dalam satu kenyataan berpandangan
00:22hak rakyat Palestine untuk menentukan nasib sendiri tidak boleh dinafikan.
00:27Ia bukan satu keistimewaan bersyarat.
00:32Kenyataan itu disokong oleh beberapa pakar hak asasi manusia dan pelapor khas PBB
00:37yang merangkumi bidang perumahan, pelarian, makanan, air serta hak-hak berkaitan yang lain.
00:43Mereka menjelaskan bahawa penduduk mesti dibenarkan untuk terus menetap atau pulang secara sukarela
00:49dan selamat ke tanah air serta kediaman mereka dan pilihan pembinaan semula tidak seharusnya dipaksakan oleh kuasa asing.
00:58Pakar-pakar berkenaan turut memberi amaran kepada para pemimpin agar tidak menganggap Gaza sebagai satu peluang komersial.
01:05Menurut anggaran, sekurang-kurangnya 92% unit perumahan di Gaza telah musnah atau rosak
01:13antara Oktober 2023 hingga Oktober 2025.
01:17Satu analisis baru oleh pelapor khas PBB mengenai hak perumahan mencukupi yang dipetik oleh pakar itu
01:24menyimpulkan bahawa kemusnahan besar-besaran perumahan oleh Israel yang dirojok sebagai domesai
01:30terjumlah sebagai jenayah perang dan mungkin mencapai tahap jenayah terhadap kemanusiaan serta jenosa.
01:37Kenyataan turut menambah negara-negara anggota mesti memastikan mereka tidak menyokong keputusan
01:42dan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa
01:45serta memastikan pembangunan semula Gaza tidak terus mencabuli hak asasi manusia penduduknya.
Comments

Recommended