Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pengeluaran LNG Qatar dihentikan selepas serangan dron Iran mengena beberapa fasiliti penting, sekali gus menjejaskan penghantaran global. Serangan turut memaksa penutupan fasiliti minyak dan gas di Arab Saudi, Iraq dan Israel.
Transcript
00:00Qatar menghentikan pengeluaran gas asli cecair LNG berkuat kuasa pada Isnin ketika Iran meneruskan siri serangan terhadap negara-negara teluk
00:10sebagai tindak balas kepada serangan Israel dan Amerika Syarikat.
00:14Langkah itu sekaligus mencetuskan penutupan awal fasiliti minyak dan gas di seluruh Asia Barat.
00:22Pengeluaran LNG Qatar menyumbang kira-kira 20% daripada bekalan global dan memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan permintaan pasaran Asia
00:31dan Eropa.
00:33Ketika gelombang serangan di Asia Barat memasuki hari ketiga, ia turut membawa kepada penggantungan operasi di kilang penampisan minyak domestik
00:40terbesar Arab Saudi selepas serangan drone.
00:43Ia turut menjejaskan sebagian besar pengeluaran minyak di Kurdistan, Irak dan beberapa lapangan gas Israel yang seterusnya mengekang ekspor ke
00:52Mesir.
00:53Syarikat milik negara Qatar Energy yang 82% pelanggannya terdiri daripada negara Asia dijangka mengisytiharkan tidak dapat memenuhi kontrak kerana
01:03keadaan di luar kawalan
01:04terhadap penghantaran LNG selepas serangan drone Iran mengenai beberapa fasiliti di kompleks besar Ras Lafan.
01:12Kompleks itu menempatkan gas trains, unit pemprosesan berskala besar yang menyejukkan gas asli kepada bentuk cecair untuk diekspor melalui kapal
01:22tangki.
01:23Drone turut menyerang zon industri Masait di selatan Qatar yang terletak jauh dari kawasan gas tetapi menempatkan pelbagai fasiliti petrokimia
01:32dan pembuatan.
Comments

Recommended