Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Siasatan masih dijalankan termasuk mengesan senjata digunakan dua suspek lelaki bermotosikal yang cuba menembak SAC Mohd Nasaruddin M Nasir.
Transcript
00:00Polis menahan 10 individu bagi membantu siasatan berhubung kes tembak kenderaan dipandu komanda agensi kawalan dan pelindungan sempadan AKPS Bukit
00:09Kayu Hitam pada minggu lalu.
00:11Ketua Polis Kedah Dato' Azli Abu Shah berkata, kesemua suspek termasuk seorang wanita warga Thailand dipercayai mempunyai kaitan dengan geng
00:19Pak Su.
00:23Katanya kesemua suspek ditahan pada 25 hingga 28 Februari lepas di beberapa lokasi sekitar daerah Kubang Pasu.
00:31Tangkapan itu melibatkan tiga lelaki tempatan oleh bahagian siasatan khas D9, Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dengan kerjasama D9 Bukit Aman
00:40hasil tiga serbuan susulan pada Sabtu lepas.
00:44Tiga suspek itu berusia antara 44 hingga 58 tahun.
00:48Saringan awal air kencing mendapati seorang daripada suspek positif methamphetamine dan polis turut merampas tiga telefon bimbit.
00:56Dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
01:00Tujuh suspek lain ditahan dalam tempoh 24 jam pertama kejadian.
01:05Siasatan masih dicalankan termasuk mengesan senjata digunakan dua suspek lelaki bermotosikal yang cuba menembak SAC Muhammad Nasaruddin Mat Naseh.
01:13Pada awal pagi 25 Februari lepas, Muhammad Nasaruddin ditembak sebanyak dua das di susur ke Masjid Al-Muhajirin di Bukit
01:21Kayu Hitam, kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia, Thailand.
Comments

Recommended