Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Harga Brent berpotensi melonjak kepada AS$93 setong berbanding sekitar AS$73 minggu lalu, susulan gangguan eksport 10 juta tong sehari dari Asia Barat.
Transcript
00:00Risiko gangguan bekalan minyak global kembali memuncak
00:02selepas konflik tenteraan antara Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran
00:06mencetuskan kesesakan di Selat Hormuz.
00:10Situasi itu dikuatiri meningkatkan risiko geopolitik
00:13dan mendorong lonjakan tambang perkapalan minyak mentah di sekitar Tuluk Parsi.
00:20Harga brand berpotensi melonjak kepada $93 Amerika setong
00:25berbanding sekitar $73 minggu lalu
00:28susulan gangguan ekspor 10 juta tong sehari dari Asia Barat.
00:32Firma penyelidikan CJS International mengekalkan penarafan overweight
00:36terhadap sektor minyak dan gas Malaysia.
00:39Katanya kadar sewaan semasa kapal tangki jenis VLCC
00:43melonjak kepada $200,000 sehari selepas 27 Februari lalu
00:47berbanding purata tahun ini sebanyak $100,000 sehari.
00:51Ia menjangka konflik semasa berpotensi melonjakkan lagi kadar tambang
00:56kerana pengimport mungkin mencari bekalan alternatif dari Amerika Utara atau Selatan
01:01walaupun jika ia memanjangkan jarak penghantaran.
01:04Public Investment Bank pula menilai premium risiko geopolitik
01:07kembali ketara dalam harga minyak dengan jangkaan kenaikan harga brand kepada $90 setong.
01:13Tambahnya sekiranya gangguan transik berpanjangan di Selat Hormuz
01:17harga itu boleh meningkat kepada $110 setong buat sementara waktu.
01:22Firma itu bagaimanapun menambah bekalan global masih mencukupi berikutan keputusan OPEC Plus
01:28untuk meningkatkan pengeluarannya sekitar 2.9 juta tong sehari antara April hingga Disember 2025.
01:34Badan itu juga mempunyai kapasiti lebihan yang signifikan terutama Arab Saudi dan Emirat Arab Bersatu
01:41yang boleh bertindak sebagai penampan gangguan jangka pendek.
Comments

Recommended