Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain melaporkan kejayaan sistem pertahanan udara masing‑masing memintas ratusan dron dan peluru berpandu balistik yang dilancarkan Iran sejak bermulanya siri serangan balas negara itu. UAE mengesan 541 dron dengan 506 ditembak jatuh serta 165 peluru berpandu balistik dengan 152 daripadanya berjaya dipintas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Emirah Arab Bersatu, UAE dan Bahrain memaklumkan sistem pertahanan udara masing-masing telah memintas sejumlah besar drone serta peluru berpandu
00:10balistik yang dilancarkan Iran sejak bermulanya siri serangan negara itu.
00:15Menurut Kementerian Pertahanannya, sebanyak 541 drone Iran dikesan dengan 506 daripadanya berjaya ditembak jatuh, manakala 35 lagi jatuh di kawasan
00:27negara itu.
00:28Selain itu, UAE turut mengesan 165 peluru berpandu balistik dan 152 daripadanya berjaya dipintas manakala 13 jatuh ke laut.
00:40Sementara itu, Angkatan Pertahanan Bahrain melaporkan bahawa sistem pertahanan udara mereka berjaya menangkis 61 peluru berpandu serta 34 drone yang
00:51menyasarkan negara tersebut.
00:52Pada Sabtu, ketegangan di rantau itu memuncak selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran yang mengorbankan beberapa pemimpin
01:02tertinggi negara tersebut termasuk pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamini.
01:07Iran kemudian membalas dengan melancarkan siri serangan drone dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, aset Amerika Syarikat serta beberapa negara
01:17teluk.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended