00:00Kumpulan pejuang Hezbollah di Lubnan yang disokong Iran hari ini mengumumkan pihaknya telah melancarkan serangan roket dan drone semalaman terhadap
00:08Israel.
00:09Ia sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
00:16Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata ia melancarkan bedilan peluru berpandu dan kawanan drone ke arah Israel
00:24sebagai bagi membalas pembunuhan itu dan demi mempertahankan Lubnan serta rakyatnya.
00:31Menurut kumpulan itu, ia juga adalah sebagai tindak balas terhadap serangan berulang Israel ke atas Lubnan.
00:37Bagaimanapun, media rasmi Lubnan melaporkan Israel melancarkan serangan ke atas pinggir selatan Beirut pada awal pagi Isnin.
00:46Agensi berita milik kerajaan, National News Agency melaporkan pinggir selatan Beirut menjadi sasaran satu siri serangan Israel.
Comments