Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Serangan balas peluru berpandu Iran menggegarkan Israel dengan 27 individu dilaporkan cedera di Jerusalem. Ketegangan meningkat selepas serangan udara Israel-AS ke atas Iran dan konflik turut melibatkan siren amaran serta kebakaran di Tel Aviv.
Transcript
00:00Israel dilaporkan dalam keadaan huru-hara apabila beberapa siri peluru berpandu dilancarkan Iran ke atas wilayahnya pada Ahad, mencetuskan panik
00:10awam dan siren amaran di beberapa bandar utama.
00:14Siren kecemasan bergema di Baitul Magdis pada malam Ahad ketika sistem pertahanan udara Iron Dome dikerahkan memintas peluru berpandu yang
00:23memasuki ruang udara negara itu.
00:25Orang ramai dilihat bergegas ke pusat pelindungan seawal pagi selepas pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan serangan balas.
00:34Bagaimanapun, sebuah peluru berpandu dilaporkan mengenai sebatang jalan di Baitul Magdis menyebabkan 27 orang cedera dan 9 maut.
00:44Perkhidmatan kecemasan Megan David Adam memaklumkan semua mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dipindahkan ke hospital berhampiran.
00:53Di Kiriat Onor, berhampiran Tel Aviv, pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang tercetus akibat satu lagi serangan peluru berpandu.
01:03Serangan itu berlaku ketika Israel melancarkan gelombang baru serangan ke atas Teheran, manakala Iran membalas dengan beberapa siri pelancaran peluru
01:12berpandu sehari selepas kematian pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei.
01:16Pertukaran serangan antara kedua-dua negara berterusan selepas Israel bersama Amerika Syarikat melancarkan serangan awal terhadap Iran pada Sabtu,
01:26sekaligus mencetuskan episod baru konflik antara dua musuh serantau itu.
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended