Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Ketua Houthi Abdul‑Malik al‑Houthi menyifatkan kematian Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei sebagai “kehilangan besar” buat dunia Islam. Beliau mendakwa Israel mahu menguasai rantau itu, sementara serangan Israel dan balasan Iran meningkatkan ketidaktentuan geopolitik selepas pembunuhan Khamenei.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketua Pergerakan Houthi di Yemen, Abdul Malik Al-Houthi menyifatkan kematian pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamini, sebagai kehilangan besar buat
00:11dunia Islam.
00:12Dalam kenyataan pada ahad, Al-Houthi mendakwa Israel sedang berusaha menguasai rantau Asia Barat, namun sistem pemerintahan Islam Iran di
00:21bawah Ali Khamini selama ini menjadi halangan terbesar kepada agenda tersebut.
00:28Beliau juga berkata, serangan yang menyasarkan pemimpin tertinggi Iran itu bertujuan melemahkan semangat rakyat Iran dan institusi rasmi negara berkenaan.
01:03Ketua Pergerakan Houthi yang bersekutu rapat dengan Iran sejak bertahun-tahun secara konsisten menyokong dasar luar Teheran di Asia Barat.
01:13Kenyataan itu menyusul ketika mana Israel melancarkan gelombang baru serangan ke atas Teheran pada ahad, manakala Iran pula membalas dengan
01:22siri serangan peluru berpandu hanya sehari selepas pembunuhan Ali Khamini.
01:27Tindakan berbalas-balas serangan ini menambah lagi ketidaktentuan geopolitik dan menekan ekonomi global, terutamanya dalam sektor perdagangan dan tenaga dunia.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended