00:00Bekas Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad dilaporkan terkorban dalam satu serangan udara di Teheran.
00:07Agensi berita rasmi Ilna melaporkan Mahmud terbunuh di kediamannya di Temuh Teheran bersama pengawal peribadinya.
00:15Sepanjang 8 tahun memegang jawatan dari 2005 hingga 2013, Mahmud pada awalnya merupakan tokoh pilihan golongan ulama syiah
00:26yang memerintah serta kumpulan pelampau dan konservatif di Parlimen.
00:32Bagaimanapun menjelang akhir penggal perkhidmatannya timbul keraguan terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan beliau.
00:39Dasar nuklernya telah menyebabkan Iran dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa yang seterusnya membawa kepada krisis ekonomi.
00:47Mahmud turut menerima kritikan antarabangsa terutamanya berhubung kenyataan antisemitik beliau.
00:53Semasa tempoh kepimpinannya, Iran dipulaukan di peringkat antarabangsa berikutan ancaman ketenteraan terhadap Israel
01:01serta penafian beliau terhadap peristiwa holokos.
01:04Penyokongnya mula menjauhkan diri daripada beliau, malah kumpulan pelampau juga menganggapnya sebagai tokoh yang kontroversi pada penghujung tempoh jawatannya.
01:21Penyokongnya
01:22Penyokongnya
Comments