Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Arab Saudi mencatat rekod baharu jumlah jemaah umrah apabila seramai 904,000 orang menunaikan ibadah itu dalam satu hari pada 4 Ramadan 1447 Hijrah, menurut pihak pengurusan Masjidil Haram.
Transcript
00:00Arab Saudi mencatatkan rekod baru jumlah jemaah umrah apabila seramai 904,000 orang menunaikan ibadah itu dalam tempoh satu hari,
00:11itu pada Ramadan, 4 Ramadan 1447 Hijrah.
00:15Menurut pihak pengurusan Masjidil Haram, angka itu jauh mengatasi rekod 2025 yang merekodkan sekitar 500,000 jemaah pada 7 Mac,
00:24sekaligus mencerminkan peningkatan ketara kehadiran umat Islam ke Tanah Suci pada bulan Ramadan.
00:33Pihak berkuasa menyatakan lonjakan jumlah jemaah memerlukan langkah keselamatan dan pengurusan orang ramai dipertingkat bagi memastikan ibadah berjalan lancar.
00:43Menurut kenyataan, pengurusan haramain kawasan Mataf diperuntukkan khusus untuk jumlah umrah sepanjang hari bagi memastikan tawaf dapat dilaksanakan dengan selamat.
00:54Sepanjang Ramadan, perutama pada hari Jumaat serta waktu Maghrib, Isyak, Tarawih dan Tahajud pada 10 malam terakhir, ruang solat di
01:03Masjidil Haram dipenuhi dengan cepat.
01:06Jemaah diarahkan menggunakan kawasan lapang dan ruang solat tambahan yang ditetapkan sekiranya ruang utama penuh.
01:14Pihak berkuasa turut melarang jemaah berkumpul di laluan perjalan kaki, jalan raya dan halaman masjid bagi mengelakkan kesesakan berbahaya.
01:22Bagi mengurangkan kesesakan di sekitar masjid, laluan perjalan kaki khas diwujudkan di kawasan tengah kota Mekah,
01:31manakala keneraan tidak dimenarkan memasuki zon tersebut untuk tempoh tertentu sekitar waktu solat.
01:37Pengangkutan jemaah diselaraskan menggunakan bas awam dari lapangan terbangan terbangsa Raja Abdul Aziz
01:42dan 14 kawasan letak keneraan khas termasuk 9 di dalam kota Suci serta 5 di laluan masuk ke Mekah.
Comments

Recommended