00:00Syarat penyertaan peserta misi Global Sumut Flotilla GSF 2.0 ke Gaza terpaksa diperketatkan bagi memastikan tiada ruang kelemahan yang
00:10boleh dijadikan alasan oleh pihak Israel menghalang atau mengambil tindakan terhadap misi tersebut.
00:16Ketua Pegawai Eksekutif MyCare Kamarul Zaman Syahrul Anwar berkata, penilaian ketat dibuat melibatkan kesiapsiagaan individu dari segi fizikal serta pematuhan
00:26prinsip tanpa keganasan yang menjadi teras misi.
00:32Kita tak mahu memberi alasan kepada pihak Israel untuk menggunakan apa juga kelemahan kita itu sebagai satu alasan untuk dia
00:43menyerang kita.
00:44So itu antara kriteria yang utama. Kita tak mahu apa-apa isu yang membolehkan mereka menjadikan alasan.
00:51Sebab kita, macam mana kita biasa, pelatihan yang telah kita lalui, it is a non-violence thing, tak adalah kita
00:58nak go ahead.
01:00Cuma niat kita memang untuk sampai ke bumi Gaza dan membantu Gaza. Bukan ada tindakan agresif terhadap tentera Israel.
01:07Beliau menambah pengalaman misi lalu turut mendorong tiga organisasi penganjur memperkemas dan mengetatkan kriteria penyertaan bagi mengurangkan risiko sekatan atau
01:18tindakan keras.
01:20Dalam masa sama, Kamarul Zaman berkata, biarpun gelombang sokongan antarabangsa semakin besar, khususnya di Eropa dan Amerika Syarikat,
01:27namun pendekatan keselamatan terhadap misi bantuan juga perlu dipertingkat sekaligus menuntut persediaan yang lebih rapi daripada penganjur.
01:36Misi GSF 2.0 yang dijadual berlayar pada 12 April ini akan bermula dari Barcelona, Sepanyol.
01:43Melibatkan lebih 100 bot, menjadikannya misi flotilla terbesar dalam sejarah setakat ini.
01:50Kali ini kalau dengan 100 kapal itu, what would they do and initiate untuk memperlahankan?
01:58Tapi itulah menghalang.
02:00Tapi itulah kita kena menggerakkan, kita kena menyedarkan, kita kena memastikan kerajaan-kerajaan di peringkat antarabangsa kali ini terlibat secara
02:10langsung
02:10supaya membenarkan insyaAllah kapal-kapal ini sampai ke bumi Gaza.
Comments