Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sekumpulan pemuda mendapat layanan ‘karpet merah’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis berbuka puasa bersama penggiat media dan pempengaruh di Dewan Bankuet, Kompleks Seri Perdana, pada Jumaat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekumpulan pemuda mendapat layanan istimewa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika madis berbuka puasa bersama penggiat media dan pempengaruh
00:09di Kompleks Seri Perdana Putrajaya pada Jumaat.
00:12Ia susulan keberanian tujuh sekawan itu menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil selepas kereta mangsa terbabas ke dalam sebuah
00:20tasik di Kundang, Kuala Lumpur pada Selasa.
00:25Ketika kejadian itu, mereka bertujuh membentuk rantai manusia untuk bersama-sama menarik tiga beranak terbabit ke tempat selamat.
00:34Dalam majlis iftar berkenaan, ketibaan kumpulan pemuda itu di Dewan Banquet sekitar pukul 8 malam disambut mesra oleh Anwar.
00:43Perdana Menteri kemudian meluangkan masa sekitar 15 minit bersama pemuda itu untuk bertanya kabar dan mengimbau kembali detik cemas dilalui
00:53mereka.
00:55Anwar sambil ditemani Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadil kemudian mengeringi mereka ke meja makan untuk menyimati juada.
01:03Lebih mencuit hati apabila Anwar mengambil peluang untuk membuka serbet dan meletakkan kain linen kepada pakaian pemuda tersebut seolah-olah
01:11menjalankan tugas seorang pelayan.
01:14Dalam majlis sama, 10 penggiat dan veteran media yang sedang menghadapi kesulitan hidup menerima sumbangan tabung kasih at Hawana.
01:24Majlis turut diserikan dengan taskirah Ramadan disampaikan Ustaz Haryanto Rizal Lokman kepada lebih 350 hadirin.
Comments

Recommended