Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
China akan melaksanakan dua misi penerbangan angkasa lepas dengan penumpang (manusia), dan satu misi pembekalan kapal kargo pada 2026.
Transcript
00:00PED China akan melaksanakan dua misi penerbangan angkasa lepas dengan penumpang manusia dan satu misi pembekalan kapal kago pada 2026,
00:09kata agensi angkasa lepas China CMSA.
00:12Menurut rancangan, China akan memberi tumpuan kepada dua agenda utama bagi tahun 2026, iaitu pengaplikasian dan pembangunan stesen angkasa lepas
00:20serta penerokaan bulan.
00:24CMSA berkata kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan bagi fasa pendaratan di bulan sedang dijalankan mengikut jadual.
00:32Ia bagi memastikan sasaran pendaratan angkasawan di bulan dapat direalisasikan menjelang 2030.
00:39Untuk rekod, China dan Pakistan telah menandatangani perjanjian kerjasama mengenai pemilihan dan latihan angkasawan pada 2025.
00:47Menurut perjanjian berkenaan, seorang angkasawan dari Pakistan akan menjalankan penerbangan jangka pendek selaku pakar muatan dan melakukan ujian sains di
00:56stesen angkasa lepas China.
00:58Menurut rancangan CMSA lagi, agensi itu akan terus menggalakkan pelaksanaan projek kerjasama dengan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hal
01:08Ewa Angkasa Lepas UNOSA.
01:10Ia sebagai langkah penting dalam usaha Beijing memperluas kerjasama angkasa lepas antarabangsa dan berkongsi pencapaian yang berkaitan.
01:17dengan dunia.
Comments

Recommended