Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Singapura masih menilai jemputan daripada Amerika Syarikat (AS) untuk menyertai secara rasmi Lembaga Keamanan.
Transcript
00:00Singapura masih menilai jemputan daripada Amerika Syarikat untuk menyertai secara rasmi lembaga keamanan.
00:07Berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan 2026 di Parlimen pada Jumaat,
00:12Menteri Luar Dr. Vivian Balakrishnan berkata,
00:15buat masa ini, kerajaan akan terus meneroka inisiatif termasuk yang diumumkan baru-baru ini
00:20pada mesyuarat sulung lembaga keamanan pada 19 Februari 2026.
00:27Menurutnya, Singapura akan terus memainkan peranan membina dalam usaha mencapai keamanan dan pembinaan semula di Gaza.
00:34Balakrishnan menegaskan semula pendudian lama Singapura terhadap Palestine
00:39bahawa satu-satunya jalan ke arah keamanan yang adil dan kekal adalah melalui penyelesaian dua negara.
00:46Ia perlu dilakukan secara rundingan yang selaras dengan Resolusi Madlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNSC yang berkaitan.
00:54Katanya, Singapura menentang percubaan mewujudkan fakta baru di lapangan
00:58yang menjejaskan prospek penyelesaian dua negara
01:01dan merupakan penerian konsisten bahawa penempatan Israel di tebing barat adalah tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.
01:09Menjelaskan lebih lanjut, beliau menekankan Singapura akan melakukan lebih lagi
01:13untuk meringankan penderitaan di Gaza
01:15memandangkan Republik itu mempunyai hubungan diplomatik yang luas di seluruh Asia Barat.
01:20Sebagai contoh, negara itu telah menghantar 11 fasa bantuan kemanusiaan
01:25berjumlah lebih 25 juta dolar Singapura
01:27untuk membantu orang awam di Gaza setakat ini.
Comments

Recommended