00:00Isteri Awayyarham Tun Daim Zainuddin, Tuh Puan Naimah Abu Khalid menolak dawaan beliau terbabit dalam usaha menjatuhkan kerajaan.
00:08Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal dan melucukan.
00:15Naimah berkata, mengaitkan dirinya dengan plot politik itu hanya mengalihkan perhatian daripada intipati laporan Bloomberg
00:23yang antara lain menuduh institusi penguatkuasaan digunakan sebagai senjata dalam suasana politik negara.
00:32Katanya, menaikkan isu rasuah atau salah guna kuasa bukan satu langkah untuk menjatuhkan kerajaan,
00:39sebaliknya tindakan mempertahankan integriti institusi awam.
00:44Sebelum ini, laporan media menyebut beberapa individu termasuk empat anak awayyarham Tun Daim
00:50didakwa terlibat dalam satu plot untuk menggulingkan kerajaan.
00:55Dakwaan yang timbul sesulan siasatan polis berkaitan agensi media antarabangsa dan seorang individu berpengaruh.
01:03Naimah menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua tuduhan palsu dan fitnah yang dilempalkan terhadapnya.
01:10Katanya, dirinya mempunyai hak untuk mempertahankan diri di sisi undang-undang.
Comments