Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata wanita berusia 38 tahun itu ditahan semalam hasil maklumat dan risikan dijalankan pihak polis.
Transcript
00:00Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang lelaki cedera parah akibat diserang dan ditetak di hadapan sebuah
00:08pusat beli belah di Jalan Kelawai di Georgetown pada Rabu.
00:12Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Azizi Ismail berkata, wanita berusia 38 tahun itu ditahan semalam, hasil maklumat dan risikan dijalankan
00:20pihak polis.
00:21Memetik bernama siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dan mengenalpasti motif kejadian.
00:30Wanita itu kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Kesiksaan.
00:36Beliau berkata mangsa yang berusia 33 tahun kini dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil.
00:42Rabu lepas seorang lelaki cedera parah selepas diserang dan ditetak seorang lelaki di sebuah pusat beli belah sebelum melarikan diri
00:49menaiki motosikal.
00:55Ketua Polis Pulau Pinang
Comments

Recommended