00:00Ribuan orang berkumpul di Baghdad pada Khamis bagi menikmati juada iftar secara beramai-ramai berhampiran Makam Suci Al-Kadimiyah.
00:09Susana meriah itu menjadi antara tumpuan utama komuniti setempat setiap kali tibanya bulan Ramadan.
00:23Sejak awal petang, kawasan sekitar makam sudah dipenuhi para jemaah yang menantikan waktu berbuka puasa.
00:31Karpet dan meja panjang disusun untuk memastikan semua pengunjung dapat menikmati hidangan bersama-sama dalam keadaan teratur.
00:39Menurut penganjur, Sajjad Rahim, jumlah pengunjung yang menerima makanan meningkat mendadak sejak permulaan Ramadan.
01:04Iftar komuniti ini telah lama menjadi amalan di Al-Kadimiyah dengan pihak pengurusan serta sukarelawan menyediakan makanan percuma kepada pengunjung.
01:14Ia dianggap antara bentuk sedekah dan solidariti sosial sepanjang bulan mulia ini.
01:21Sukarelawan bertengkus lumus mengagihkan makanan dan minuman sejak azan maghrib berkemandang.
01:48Ramai dalam kalangan yang hadil terdiri daripada keluarga, pelancong serta jemaah dari kawasan sekitar Bagdad.
01:54Bagi jemaah yang hadir, iftar beramai-amai ini bukan sekadar menikmati makanan tetapi juga satu bentuk ibadah dan kesempatan untuk
02:03mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
Comments