00:00Jumlah mangsa banjir di enam daerah di Sabah meningkat kepada 6,955 orang setakat 4 petang Jumaat.
00:08Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Sabah dalam kenyataan memalumkan
00:13kesemua mangsa daripada 2,620 keluarga itu kini ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara PPS yang dibuka sejak Rabu lepas.
00:23Daerah Kemabung mencatat peningkatan jumlah mangsa kepada 3,077 orang daripada 1,096 keluarga.
00:31Penambahan itu menjadikan keseluruhan 15 PPS dibuka di daerah Kemabung.
00:36Selain itu di Buford, jumlah mangsa terkini adalah sebanyak 1,541 orang daripada 540 keluarga berlindung di 5 buah PPS.
00:46Manakala Tienom merekodkan peningkatan jumlah mangsa dengan angka terkini adalah seramai 1,628 orang ditempatkan di 13 buah PPS.
00:55Secara keseluruhan, jumlah kawasan terjejas akibat banjir di enam daerah ini kekal sebanyak 146 kampung.
01:02Tiada kemalangan jiwa atau mangsa terkorban dilaporkan.
01:05Terima kasih telah menonton!
Comments