Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
SPRM akan memulakan siasatan awal terhadap ketidakaturan kewangan dan isu tatakelola di UKM susulan dapatan LKAN 1/2026.
Transcript
00:00Suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia akan memulakan siasatan awal berhubung pengurusan kewangan tidak teratur serta isu tata kelola melibatkan Universiti
00:11Kebangsaan Malaysia UKM, sesulan dapatan yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara LKAN 1-2026.
00:19Kenyataan SPRM menyebut siasatan yang akan bermula minggu depan itu bertujuan meneliti sama ada wujud kelemahan tata kelola atau unsur
00:27jenayah rasuah salah guna kuasa penyelewengan dan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa Suruhan jaya itu.
00:37Kenyataan SPRM menambah siasatan akan memberi tumpuan kepada perkara yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.
00:44Ini termasuk dakwaan ketidakaturan serius dalam pengurusan kewangan universiti, kutipan yuran tanpa kuasa serta hasil yang tidak direkodkan atau tidak
00:54diakaunkan dengan sewajarnya.
00:56SPRM menegaskan siasatan dijalankan secara profesional, bebas dan berlandaskan undang-undang tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak.
01:06Tambah kenyataan itu lagi, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti berlakunya kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
01:152009 atau undang-undang lain yang berkaitan.
01:18SPRM turut menegaskan komitmen untuk memastikan setiap dana awam diurus secara telus, berintegriti dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat serta menjaga
01:29kepercayaan terhadap institusi pendidikan tinggi negara.
Comments

Recommended