00:00Presiden Interim Venezuela, Delcy Rodriguez, menggesa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan sekatan ekonomi terhadap negara itu.
00:09Berucap dalam satu acara bersama golongan belia Venezuela, Rodriguez menegaskan negara itu tidak pernah menjadi musuh Amerika Syarikat dan menyifatkan
00:17Trump sebagai seorang sahabat.
00:39Sejak penangkapan Maduro pada 3 Januari, Amerika Syarikat mengambil alih kawalan ke atas ekspor minyak Venezuela.
00:47Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat telah mengeluarkan lesin am yang membenarkan syarikat antarabangsa berdagang minyak Venezuela dan beroperasi dalam sektor minyak
00:56dan gas negara itu.
00:57Namun perkara itu perlu mendapatkan kelulusan khas daripada Pejabat Kawaselia Aset Asing, OFAC.
01:04Dalam masa sama, Perhimpunan Kebangsaan Venezuela pada akhir Januari meluluskan pindaan Undang-Undang Hydrocarbon Negara bagi memudahkan kemasukan pelaburan asing
01:14ke dalam industri minyak yang semakin merosot.
01:17Di bawah pindaan baru, kerajaan mempunyai enam bulan untuk menyemak semua kontrak sediak ada.
01:22Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi ekonomi baru pentadbiran Rodriguez bagi menstabilkan sektor tenaga negara yang menjadi tunjang utama
01:31ekonomi Venezuela.
Comments