Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:10Suspek yang melepaskan tembakan ke arah kenderaan Komando Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam Kedah semalam
00:18ditahan dalam tempoh kurang 24 jam.
00:22Kerajaan bersedia menyokong keperluan agensi kawalan dan perlindungan sempadan AKPS termasuk dari segi pensenjataan dan kelengkapan keselamatan bagi memastikan agensi
00:32itu dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
00:37Dua ahli keluarga rentung manakala tiga lagi meninggal dunia akibat melecur dalam kebakaran sebuah rumah di kampung Pamah Gulat, Uludung
00:45Rauk, Pahang pada awal pagi Kamis.
00:49Tiga lagi sekolah diarahkan tutup berkuat kuasa rabu susulan kebakaran kilang memproses getah di kawasan perindustrian Sengkang Kulai sejak selasa.
01:00Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim menegaskan usaha memperkasa bahasa lain tidak sesekali menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
01:09dan bahasa rasmi negara.
01:12Perlindungan dan ganjaran kepada pemberi maklumat antara cadangan akan diperkenalkan dalam pindaan Akta Persaingan 2010 Akta 712.
01:23Pelaburan Google sebanyak $2 bilion Amerika di Malaysia menunjukkan kemajuan yang pesat dan melebihi jangkaan awal.
01:32Pemilihan UMNO pada tahun ini yang ditangguh akan diadakan pada suatu tarikh tidak melebihi 6 bulan selepas pilihan raya umum
01:39ke-16 PRU-16.
01:43Mahkamah Indonesia pada Kamis menjatuhkan hukuman penjara terhadap dua warga Britain atas kesalahan dadah di Pulau Peranginan, Bali.
01:52Kadar kelahiran Jepun merosot untuk tahun ke-10 berturut-turut apabila hanya 705,809 bayi dilahirkan pada 2025 menurun 2
02:02.1% berbanding tahun sebelumnya.
02:07Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended