Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Persidangan Dewan Rakyat pada minggu keenam menyaksikan tiga rang undang-undang (RUU) diluluskan tanpa pindaan dengan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Transcript
00:00Baik, seterusnya, Persidangan Dewan Rakyat pada minggu ke-6 menyaksikan tiga rang undang-undang RUU diluluskan tanpa pindaan dengan sokongan
00:09majoriti ahli Dewan Rakyat RUU berkenaan ialah RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026, RUU Kualiti Alam Sekeliling Pindaan 2026 dan
00:20RUU Perbekalan Tambahan 2025.
00:24RUU Tumpuan juga terarah kepada pembentangan bacaan kali pertama RUU Perlembagaan Pindaan 2026 bagi mengahatkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada
00:3410 tahun dan RUU Perlembagaan Pindaan nombor 2 2026 yang bertujuan untuk mengasingkan peranan peguam negara dan pendakwa raya.
00:43Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan keduduk RUU itu
00:50berkata,
00:51bacaan kali kedua akan berlangsung pada minggu depan.
00:55Selain itu Dewan Rakyat telah membahas dan meluluskan usul laporan Ketua Audit Negara LKAN 1-2026 mengenai penyata kewangan agensi
01:04persekutuan tahun 2024
01:05yang mendedahkan 273 isu baharu melibatkan pengurusan kewangan dan takbir urus di peringkat persekutuan dan negeri.
01:14Azalina berkata perbahasan LKAN itu bukan sekadar formaliti, sebaliknya mencerminkan komitmen kerajaan terhadap prinsip keterbukaan,
01:24semak dan imbang serta takbir urus berintegriti selaras dengan kerangka Malaysia Madani.
01:29Dalam pada itu, pelbagai isu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen sepanjang persidangan dan dijawab oleh Perdana Menteri serta Menteri-Menteri terlibat
01:37antaranya isu kemasukan pusat data, keputusan Mahkamah Agung AS mengenai tarif, ketegangan Iran AS, isu strip dakwah, insiden kematian mahasiswa
01:48dalam kampus dan reformasi permit masuk negara.
01:52Dalam pada itu, Dewan Rakyat telah memberi ruang kepada dua jawatankuasa pilihan khas Parlimen JPKP untuk membentangkan penyata jawatankuasa oleh
02:00pengurusi masing-masing.
02:02JPKP terlibat ialah jawatankuasa pilihan khas wanita, kanak-kanak dan pembangunan masyarakat, Parlimen berkenaan,
02:07isu kanak-kanak bantut dan jawatankuasa pilihan kesihatan berkenaan pemantapan dasar pemakanan dan intervensi nutrisi.
02:15Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 20 hari sejak 19 Januari lepas akan berakhir pada 3 Mac ini.
Comments

Recommended